Pakej Nikah di Thailand
Urusan lengkap pernikahan di Majlis Agama Islam yang sah di selatan Thailand.

Khas untuk mereka yang mempunyai masalah nikah di Malaysia
“Jika kita tak mampu memudahkan urusan agama, jangan kita menjadi penghalang dan musuh dengan urusan agama.”
Pejabat di Kangar, Perlis · Respon pantas

Perkhidmatan
Urusan lengkap pernikahan di Majlis Agama Islam yang sah di selatan Thailand.
Bantuan urusan pernikahan di negeri Perlis dari awal hingga selesai.
Pendaftaran dan pengesahan nikah luar negara di Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
Permohonan kebenaran berpoligami dan permohonan nasab anak di Mahkamah Syariah Negeri Perlis.
Harga Telus
Nikah Balik Hari
RM1,200
Pakej Konsulat · 3 Hari 2 Malam
RM1,700
Nikah konsulat merujuk kepada proses pengesahan sijil nikah yang telah dilangsungkan di luar negara oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia. Pengesahan ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pernikahan tersebut sah di sisi undang-undang Malaysia, supaya sijil nikah berkenaan boleh digunakan untuk pendaftaran di Malaysia, termasuk urusan dengan Mahkamah Syariah dan jabatan berkaitan. Tanpa pengesahan konsulat, sijil nikah tersebut tidak boleh didaftarkan di Malaysia.
5
Majlis Agama Islam Selatan Thailand
Sejak2003
Lebih dua dekad pengalaman
Lengkap & Sah
Setiap dokumen dicop dan disahkan, sedia untuk urusan pendaftaran nikah di Malaysia.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11← Leret untuk lihat semua dokumen →
Contoh dokumen sebenar. Maklumat peribadi pelanggan telah dikaburkan.
Anda Tidak Keseorangan
Semua maklumat anda dirahsiakan.
Dipercayai Sejak 2003
Hubungan baik dengan Majlis Agama Islam di 5 wilayah selatan Thailand: Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat
Menguruskan pernikahan sejak 2003
Telah membantu beribu pasangan, dari VVIP hingga orang biasa
Mempunyai pejabat perunding pernikahan di Kangar, Perlis
Setiap data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat dan sulit
Menyediakan khidmat pendaftaran semula sijil nikah di Malaysia
Pernikahan hanya dijalankan di Majlis Agama Islam yang sah
Boleh menguruskan urusan di Mahkamah Syariah Negeri Perlis
FAQ
Pernikahan yang dijalankan di Majlis Agama Islam yang sah di selatan Thailand boleh diiktiraf di Malaysia selepas sijil nikah disahkan oleh Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia dan kemudiannya didaftarkan di Jabatan Agama Islam negeri (contohnya JAIPs). Tanpa pengesahan konsulat, sijil nikah tersebut tidak boleh didaftarkan di Malaysia. Kami bantu urusan ini dari awal hingga selesai. Hubungi kami di WhatsApp untuk penerangan lanjut.
Pakej A (RM1,200) ialah nikah balik hari — anda dapat sijil nikah selepas majlis dan pulang pada hari yang sama. Pakej B (RM1,700) ialah Pakej Konsulat 3 hari 2 malam yang termasuk bayaran pengesahan konsulat, sesuai pada hari bekerja sahaja (Isnin, Selasa, Rabu) dan tidak termasuk hotel. Kedua-dua pakej termasuk pengangkutan pergi dan balik dari pejabat kami di Perlis.
Tempoh pendaftaran bergantung kepada kelengkapan dokumen dan prosedur semasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs). Hubungi kami di WhatsApp untuk penerangan lanjut.
Pernikahan tetap memerlukan wali mengikut hukum syarak. Bagi kes bakal isteri tiada wali, wali hilang atau wali enggan menikahkan, Majlis Agama Islam di Thailand akan menyemak keadaan dan boleh menguruskan wali hakim mengikut syarat yang ditetapkan. Hubungi kami di WhatsApp untuk penerangan lanjut.
Secara asasnya, kad pengenalan (MyKad) atau pasport kedua-dua pasangan. Bagi warga asing, pasport serta permit kerja Malaysia atau visa. Senarai penuh bergantung kepada status dan keadaan anda (contohnya status duda/janda atau isu wali). Hubungi kami di WhatsApp untuk penerangan lanjut.